Rabu, 26 Disember 2012

Misi haruan gagal, Puyu menghiburkan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Rindu terhdapap tarikan haruan semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Seperti biasa, aku pergi ke port kegemeran aku iaitu port 'Belakang Kandang Kambing'. Harapan aku kali agar ikan haruan yang mempersenda-sendakan aku masih lagi ada disitu.

Sebaik sahaja tiba di lokasi, aku ternampak ada seorang pak cik yang sedang membawa guni beras dan aku sudah boleh meneka, sudah tentu la ada haruan dalam guni beras tu.
"Haruan Pak Cik?" aku cuba menyerkap jarang.
"Ha'ah, dapat 2 ekor jer pagi ni" jawab pak cik tu mesra.
"Tahan tauk ker Pak cik?" aku meneka lagi sebab aku tak nampak pak cik bawa sebarang set pancing.
"Ha'ah, kecik-kecik jer... tak macam dulu-dulu.. setakat haruan sekilo lebih, senang-senang jer nak dapat... sekarang ni dah susah..."
Memang betul pun, sekarang ni harga ikan haruan sudah semakin naik. Ramai orang cari haruan untuk cari makan. Aku tak cakap banyak, dan terus memasang set fly 5wt aku.

Sejak semalam lagi aku sudah berkira-kira nak tarik haruan pada pagi ni dan aku ada membuat satu Gurgler katak huduh-huduh. Siap tak sampai 5 minit. Memang dah menjadi prinsip aku, aku tak suka buat fly yang terlalu  detail, apa yang penting, senang nak ikat dan semestinya killer.

Ntah macam mana, serba serbi tak menjadi. Tak ada sebarang strike aku dapat. Dan lebih malang lagi, gurler yang aku baru buat ni lesap, tali putus. Bukan kerana disambar haruan, tapi tersangkut di ranting pokok.
Nafsu nak memancing haruan, sudah pun luntur. Aku ingatkan nak terus balik jer. Sebelum balik, aku tengok kat port sebelah.

Aku tengok ada banyak boiling ikan bulan dan puyu kat port sebelah. Arghh... alang dah kumpau haruan, sebelum balik, baik aku layan puyu dulu. Memang agak kejam melayan puyu dengan set 5wt.

Seperti biasa, dengan menggunakan dry, aku tak perlu menunggu terlalu lama untuk menaikkan seekor ikan puyu.
Kemudian dapat lagi...

dan lagi...

dan lagi..

dan lagi...

dan lagi...

dan lagi...

dan lagi...

dan lagi...

dan lagi...

dan lagi...

dan lagi...

dan lagi...

Wahhh... sungguh menyeronokkan. Sehinggakan aku merasakan seperti ingin ghaib sekejap balik rumah ambil rod 2/3wt fiberglass. Sungguh tak disangka-sangka, walau pun misi haruan gagal, akan tetapi misi puyu telah menjadi begitu cemerlang sehinggakan berjaya memecahkan rekod lama aku iaitu 6 ekor dan hari ni aku telah pun mencatakan rekod baru iaitu menaikkan puyu sebanyak 13 ekor. Nampak gayanya, esok mungkin aku akan turun lagi tapi dengan rod 2/3wt fiberglass. Kalau nak diikutkan hati aku, mahu jer aku nak memancing sampai petang. Tapi, aku kena bergegas ke office.

1 ulasan: