Rabu, 26 Disember 2012

Ujian Lapang Lelabah & Udang

Salam Fly semua... Seperti biasa, pagi tadi, aku ke port kegemaran aku. Kali ni aku guna set 3wt pulak. Memang bajet nak layan puyu.

Tapi trip kali lebih ke arah nak menge'test' lelayang yang baru buat semalam. Yang pertama sekali ialah labah-labah. Aku tau labah-labah ada 8 kaki dan aku ada sebab yang tersendiri kenapa aku buat 4 jer kaki. Korang nak tau kenapa? Ini adalah kerana... jauh dalam lubuk hati aku ni aku yakin yang ikan puyu tak pandai mengira. So tak kira la labah-labah ni berapa kaki pun... dia akan strike jugak...

Seperti biasa, aku tak perlu menunggu lama... seekor ikan puyu men'strike' labah-labah aku... boleh tahan jugak saiz dan 'karen'nya...

Kemudian baling lagi dan dapat lagi sekor.. pun saiz lebih kurang sama macam tadi...

Rasa-rasanya dah cukup la tu 2 ekor... so terbukti, pattern labah-labah nih boleh tahan killer jugak untuk menjerat puyu... Sekarang masa untuk aku test lelayang yang kedua pulak, iaitu pattern udang... aku cuma buat huduh-huduh jer udang nih... apa yang penting, senang nak ikat...

Banyak jugak strike aku dapat... last-last dapat jugak naikkan sekor baby bulan... boleh laaa... sekali lagi... ujian lulus!!!

sekian laporan untuk hari ni...

Misi haruan gagal, Puyu menghiburkan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Rindu terhdapap tarikan haruan semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Seperti biasa, aku pergi ke port kegemeran aku iaitu port 'Belakang Kandang Kambing'. Harapan aku kali agar ikan haruan yang mempersenda-sendakan aku masih lagi ada disitu.

Sebaik sahaja tiba di lokasi, aku ternampak ada seorang pak cik yang sedang membawa guni beras dan aku sudah boleh meneka, sudah tentu la ada haruan dalam guni beras tu.
"Haruan Pak Cik?" aku cuba menyerkap jarang.
"Ha'ah, dapat 2 ekor jer pagi ni" jawab pak cik tu mesra.
"Tahan tauk ker Pak cik?" aku meneka lagi sebab aku tak nampak pak cik bawa sebarang set pancing.
"Ha'ah, kecik-kecik jer... tak macam dulu-dulu.. setakat haruan sekilo lebih, senang-senang jer nak dapat... sekarang ni dah susah..."
Memang betul pun, sekarang ni harga ikan haruan sudah semakin naik. Ramai orang cari haruan untuk cari makan. Aku tak cakap banyak, dan terus memasang set fly 5wt aku.

Sejak semalam lagi aku sudah berkira-kira nak tarik haruan pada pagi ni dan aku ada membuat satu Gurgler katak huduh-huduh. Siap tak sampai 5 minit. Memang dah menjadi prinsip aku, aku tak suka buat fly yang terlalu  detail, apa yang penting, senang nak ikat dan semestinya killer.

Ntah macam mana, serba serbi tak menjadi. Tak ada sebarang strike aku dapat. Dan lebih malang lagi, gurler yang aku baru buat ni lesap, tali putus. Bukan kerana disambar haruan, tapi tersangkut di ranting pokok.
Nafsu nak memancing haruan, sudah pun luntur. Aku ingatkan nak terus balik jer. Sebelum balik, aku tengok kat port sebelah.

Aku tengok ada banyak boiling ikan bulan dan puyu kat port sebelah. Arghh... alang dah kumpau haruan, sebelum balik, baik aku layan puyu dulu. Memang agak kejam melayan puyu dengan set 5wt.

Seperti biasa, dengan menggunakan dry, aku tak perlu menunggu terlalu lama untuk menaikkan seekor ikan puyu.
Kemudian dapat lagi...

dan lagi...

dan lagi..

dan lagi...

dan lagi...

dan lagi...

dan lagi...

dan lagi...

dan lagi...

dan lagi...

dan lagi...

dan lagi...

Wahhh... sungguh menyeronokkan. Sehinggakan aku merasakan seperti ingin ghaib sekejap balik rumah ambil rod 2/3wt fiberglass. Sungguh tak disangka-sangka, walau pun misi haruan gagal, akan tetapi misi puyu telah menjadi begitu cemerlang sehinggakan berjaya memecahkan rekod lama aku iaitu 6 ekor dan hari ni aku telah pun mencatakan rekod baru iaitu menaikkan puyu sebanyak 13 ekor. Nampak gayanya, esok mungkin aku akan turun lagi tapi dengan rod 2/3wt fiberglass. Kalau nak diikutkan hati aku, mahu jer aku nak memancing sampai petang. Tapi, aku kena bergegas ke office.

Ahad, 23 Disember 2012

Fly fishing: Puyu Penyelamat 'Kumpau'

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Pagi tadi aku ada turun memancing untuk sesi menguji 'Micro Clouser Minnow' yang aku baru buat semalam. Target utama aku ialah ikan Haruan dan ikan Bulan.

Ini adalah lokasi untuk aku menguji 'fly' yang baru aku buat. Di lokasi ini terdapat banyak haruan 'curut' akan tetapi tali aku pernah putus beberapa kali disambar haruan yang bersaiz 'bagak' yang kadang-kadang ada juga singgah di sini sekali sekala. Selain daripada itu, ikan puyu dan ikan bulan juga banyak terdapat di sini.







Ini pula adalah lokasi yang kedua dan lokasi ini sebenarnya bersambung dengan lokasi di atas dan hanya dipisahkan oleh jalan kecil yang hanya muat sebiji kereta. Keadaan air tersangatlah cantik, jernih dan ikan bulan jelas kelihatan 'boiling' di serata tempat. Sekali-sekala kelihatan haruan melompat menyambar anak seluang yang bermain-main di kawasan cetek.






Sudah sampai masanya untuk menguji 'Micro Clouser Minnow' yang baru aku buat semalam. Aku mula membuat balingan di lokasi yang pertama dan seperti yang dijangka, sebaik saja 'fly' ini mencecah air, berkali-kali 'strike' yang aku terima dalam 1 'cast'. Tapi masih belum berjaya mendapat 'strike' yang betul-betul kemas.

Kemudian, aku beralih pula ke lokasi yang kedua, kali ini ikan bulan yang bersaiz lebih besar yang menyambar 'fly' aku. Aku sempat bertarung dengan 2 ekor ikan bulan yang bersaiz agak besar, tapi agak malang kerana tidak berjaya didaratkan.

Kelibat haruan langsung tidak kelihatan cuba nak meyambar 'fly' yang ini, mungkin juga ianya langsung tak menarik minat haruan untuk membedal umpan yang bersaiz kecil ini. Atau pun, mungkin juga, terlalu sibuk mengejar anak ikan seluang.

Setelah hampir sejam aku berhempas pulas, walau pun bertalu-talu 'strike; ikan bulan yang aku terima, kesudahannya, 'kumpau' jua.

Kemudian, aku bertukar menggunakan 'Micro Shrimp' yang sememangnya tak pernah menghampakan aku. Seperti biasa, bertalu-talu 'strike' yang aku terima akan tetapi, hasilnya masih lagi sama, iaitu 'kumpau'.

Nampak gayanya, masa sudah semakin suntuk, aku sudah putuskan yang misi mencari haruan dan bulan sebagai gagal.





Seperti biasa, setelah gagal menjerat haruan dan bulan, aku bertukar menggunakan 'Dry fly' dan misi mencari penyelamat 'kumpau' dijalankan iaitu mencari puyu.

Sedang aku melayang mencari puyu, boleh pula seekor haruan yang bersaiz agak kasar timbul depan mata aku. Aku cuba menarik perhatian haruan tersebut dengan menggunakan 'dry' tapi nampak gayanya haruan macam tak berminat nak menyambar 'dry' aku ini.

Aku kembali fokus kepada operasi menyelamat kerana dikhuatiri kejadian 'kumpau' semakin menjadi-jadi.

Dan akhirnya, operasi menyelamat berjaya. Aku tak perlu menunggu lama, seekor puyu sebesar ibu jari berjaya dinaikkan dengan menggunakan 'dry'. Akhirnya, bolehlah aku balik dengan hati yang sedikit tenang. Walau pun kecil, tetapi sekurang-kurangnya aku tak 'kumpau'.

Sekian, Salam Strike!

Fly Tying: Micro Clouser Minnow

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Cubaan membuat micro clouser minnow. Target utama aku ialah spisis snakehead dan tarpon. Aku guna flashing line sebagai body. Pada fikiran aku, spisis snakehead dan tarpon ialah spisis yang suka menyambar spoon yang kecil-kecil sebab dah banyak kali aku strike haruan dan tarpon dengan micro spoon. Sebab tu la aku guna flash line sebagai body dan tambah supreme hair sebagai tambahan warna semata-mata. Bila aku lihat betul-betul, nampak macam anak udang pun ada jugak. Tak kisah la nampak macam apa pun, ada masa nanti, aku akan test dan baru la kita tahu result dia nanti.


Ini ialah bahan-bahan yang aku guna untuk buat micro clouser minnow.
- Silver flashing line
- Flash Chartreuse Supreme Hair
- Small gold bead chain eyes
- Flash chartreuse Ultra Thread 70 Denier
- #8 Gamakatsu Saltwater Siries SL45 Bone Fish fly hook.






Harap maaf, aku belum sedia untuk tunjuk step-by-step cara-cara nak buat benda-benda macam ni sebab aku pun tengah belajar dan masih lagi dalam proses nak mengasah bakat mengikat flies. Untuk buat clouser minnow ni, boleh buat carian di youtube.

Sekian, Salam Strike!

Khamis, 20 Disember 2012

Fly fishing: 'Karen' 2/3wt Fiberglass Rod

Dengan menggunakan closer minnow whte/grey (beli siap), akhirnya berjaya juga aku merasa 'karen' set UL. Ikan bulan yang bersaiz agak besar ini, berjaya dinaikkan dan aku terpaksa bertarung hampir 5 minit. Rod fiberglass 2/3wt lentuk habis dan reel aku menjerit-jerit setiap kali dihenjut oleh ikan ini.

Sebaik sahaja aku berjaya menarikkan ikan ini ke tepi, dihenjutnya balik dengan renangan yang pantas. Satu kepuasan yang tidak terhingga.




Salam Strike!

Cubaan membuat dry dan set fly ultralight

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Sejak bermain-main dengan fly, umpan yang paling aku suka pakai ialah dari jenis dry. Ini adalah kerana, dry kecil dan ringan serta senang nak cast.

Ni adalah dry pertama yang aku buat. Aku pun tak tau nama apa. Sudah tentulah target utama aku ialah ikan puyu. Sudah pun ader satu strike ikan puyu yang berjaya aku bawa naik dengan dry nih, tapi aku tak ambil gambar sebab puyu tu kecil sangat. Lebih kurang besar ibu jari jer. Jangan pandang rendah pada dry nih, ikan bulan pun turut serta menyambar dry aku ni, tapi buat masa sekarang tak ada yang terlekat.




Ni pula adalah dry yang kedua yang aku buat. Sudah ada satu tangkapan iaitu ikan puyu dan seperti biasa sudah pun menerima sambaran daripada ikan bulan.









Ini adalah ikan puyu yang membaham dry yang kedua merangkap ikan pertama yang aku naikkan dengan set ultralight rod 2/3wt fiberglass.










Aku panggil ni micro shrimp. Fly yang berbentuk udang kecil nih sangat menjadi-jadi bermain dengan ikan bulan. Hook yang aku gunakan ialah dry hook #16. Walau pun banyak strike, tapi memang agak sukar ikan bulan nak lekat, mungkin juga kerana saiz hook yang terlalu kecil. Tapi, aku pernah hook-up ikan bulan dengan hook yang bersaiz #18. Tak lekat, mungkin juga bukan kerana saiz hook. Seperti yang kita tahu, ikan bulan sememangnya spesis yang susah nak lekat kat hook.



Akan tetapi, akhirnya, berjaya juga aku menaikkan seekor baby bulan dengan menggunakan micro shrimp. Apa yang menariknya, ikan bulan ni menyambar sebaik sahaja micro shrimp mencecah air pada cast yang pertama. Ini boleh dinobatkan sebagai ikan bulan yang terpantas yang pernah aku hook-up. Ini juga merupakan ikan bulan pertama yang berjaya aku naikkan dengan rod 2/3 fiberglass.






Salam strike!

Mula mengikat fly

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Strike...

Sebulan yang lepas, aku pun sudah mula mengikat sendiri flies. Aku ada membeli tying tools dan vise yang baru. Set vise & tying tools yang lama, sudah pun aku jual pada seorang sahabat.

Buat masa sekarang, aku cuma membeli yang murah-murah sahaja. Belum sampai tahap nak beli yang mahal-mahal. Apa yang penting, alat dah ada, yang tinggal cuma nak asah bakat jer dalam mengikat fly nih.








Ini merupakan hasil nukilan aku yang pertama. Dragonfly Micro. Kalau tengok dalam gambar, memang nampak macam besar. Sebenarnya, pepatung nih kecik sahaja saiznya. Hook yang aku gunakan ialah Dry Hook #16. Panjang hook tu lebih kurang dalam 1 cm sahaja. Material yang aku gunakan ialah Grizzly Rubber Leg untuk ekor, flash line untuk sayap dan mata/kepala aku guna Bead Chain saiz small.Thread yang aku gunakan ialah warna hitam.



Tak sangka, menjadi jugak fly buatan sendiri aku ni. Ini adalah mangsa pertama. Ikan puyu sebesar 2 jari jer. Mungkin anda semua boleh bayangkan betapa kecilnya pepatung fly aku tu, ikan sebesar ini pun boleh telan sampai habis. Cuma sayap jer yang terkeluar sedikit dari mulut puyu tu.







Ini adalah tangkapan kedua pepatung fly aku. Selain daripada puyu, ikan bulan ada jugak strike pepatung aku ni, tapi macam biasa la, tak semudah tu nak hook-up ikan bulan nih.









Terima kasih kerana sudi membaca... sila nantikan untuk post-post yang akan datang.... Salam strike...

Selasa, 18 Disember 2012

Sekadar berkongsi hasil tangkapan...

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Strike kepada semua...

Sejak akhir-akhir ni, aku agak sibuk dengan tugas harian. Walau bagaimana pun, aktiviti memancing masih lagi berjalan seperti biasa. Tapi hanya sekadar trip solo, ringan dan ringkas. Untuk lembaran kali ini, aku hanya sekadar berkongsi yang kebanyakkan ikan bulan yang berjaya aku tawan...

Sekali sekala melepaskan rindu casting... ini adalah hasil tangkapan dengan menggunakan Yo-Zuri Pin Minnow Rainbow Trout...










































Ekoran hasil yang agak memberangsangkan... aku pergi lagi ke port yang sama... kali ni dengan set fly pulak...

Ini merupakan ikan bulan pertama yang berjaya aku daratkan dengan menggunakan Clouser Minnow.












Tangkapan yang kedua.













Tangkapan yang ketiga.













Boleh dikatakan sangat menyeronokkan... hasil yang agak lumayan sejak aku main fly. Keesokkannya aku turun lagi... tapi port yang berbeza.. susah nak dapat, tapi saiz ikan-ikan di situ jauh lebih besar.


Setelah bertungkus lumus hampir 3 jam, akhirnya berjaya jugak aku menaikkan seekor ikan bulan yang boleh dikategorikan sebagai mega. Ini merupakan ikan bulan yang paling besar berjaya aku naikkan dengan menggunakan fly.









Terima kasih kerana sudi membaca... Salam Strike!!!

Selasa, 6 November 2012

Test run BC

Lama sungguh rasanya tak layan BC. Sejak 6 bulan yang lepas, aku terlalu sibuk bermain-main dengan fly fishing. Bukannya apa, nak bagi cantik cast fly line tu.

Berbalik pada cerita BC, aku baru sahaja lepas servis BC aku. Aku cuma guna BC murah jer, cap Seahawk. Buat apa mahal-mahal, bukannya pro pun. Memancing ni adalah hobi aku, batang buluh pun jadi. Janji mancing. Kali ni, aku dah tak nak guna braided line. Untuk sesi memBC kali ni, aku masukkan tali utama tali cap ayam 12lbs, diameter 0.3mm kaler hitam. Harga tali ni cuma RM5.50 jer segulung dalam 100m. Cukup halus. Kemudian, aku sambungkan dengan leader anggaran panjang dalam 2 depa 20lbs leader line. Boleh laaa, kali ni aku pakai leader warna hijau. Nampak cantik la pulak bila dan bergulung bersama dengan main line.

Kemudian, sesi menguji tali halus ni dengan haruan-haruan curut. Pagi semalam aku ader turun, dapat seekor.
Nyaris-nyaris dah aku nak kumpau, saat-saat akhir, ader jugak haruan curut yang sudi menstrike jump frog aku.











Kemudian pagi ni aku turun lagi untuk test lagi keseronokan melayan guna tali tangsi halus vs ikan haruan. Yang semalam punya, aku tak sempat nak merasa sebab masa ikan tu strike, jump frog aku dah sampai tepi. Tali leader aku dah tergulung masuk dalam spool, jadi tak dapat rasa mainan tali tangsi 12lbs tu.


Untuk yang ini, memang betul-betul dapat merasa ketengangan tali tangsi sebab masa dia strike, tali masih panjang. Walau pun kecik, tapi dapat rasa tarikan ikan ni. Silapnya, poundage rod aku terlalu besar. Lepas nih, aku kena cari rod level light atau medium light dan panjang sikit. Baru la sesuai dengan tali tangsi halus nih kot.