Isnin, 9 Januari 2012

Memancing Haruan dan Bulan

Seperti biasa, seawal pagi, aku pergi ke tempat ikan bulan. Seperti biasa kelihatan banyak ikan bulan bermain-main di sini. Aku guna gewang soft plastic bakau yang baru dibeli. Memang terbukti berkesan, aku menerima banyak 'strike' daripada ikan bulan. Tapi, ada sedikit kelemahan pada soft plastic ni, ikan susah nak tersangkut dan mudah terlepas. Ntah macam mana, tanpa disangka-sangka, seekor anak ikan duri menyambar soft plastic bakau. Kalau nak dihitung, aku menerima lebih daripada 20 strike. 2 daripadanya ikan bulan yang besaiz bagak, sempat bertarung dan berjaya melepaskan diri setelah 2-3 kali lompat.

Kemudian, aku bertukar pula kepada popper keramat aku yang mempunyai banyak rekod menewaskan ikan bulan.










Aku berjaya menaikkan seekor ikan bulan yang bersaiz kecil dengan menggunakan popper bertuah aku tu.












Kemudian, aku beralih pula ke lokasi memancing haruan kegemaran aku. Sudah banyak haruan yang aku tewaskan di lokasi ini.












Gewang yang aku gunakan ialah Bakau Spinner bait Mini Cat yang baru dibeli.












Seekor haruan yang bersaiz sedahana berjaya dinaikkan.













Kemudian aku berpindah ke lokasi yang berlainan. Ini adalah kali pertama aku ke lokasi ini. Kebetulan dalam perjalanan pulang ke rumah, aku terserempak dengan lokasi ini. Lokasi ini nampak cantik, aku nampak banyak baby haruan bermain-main di sini.







Seekor haruan bersaiz kecik berjaya dinaikkan.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan