Selasa, 3 Januari 2012

Gewang baru

Spinner Bait
Bakau Mini Cat
Model : BSB 11 M
Weight : 10g
Color : RW (Red and White)

Ini adalah kali kedua aku beli spinner bait keluaran bakau ini. Sebelum ni aku beli warna putih hijau. Kali ni aku nak try warna merah putih pulak. Seperti biasa, sasaran utama ialah Haruan.




Soft plastic
Bakau Day Night Soft Lure.
Paddle tail action.
Color : Fluoro

Apabila melihat sahaja soft plastic keluaran bakau yang ini, dalam kepala aku terbayangkan ikan bulan. Mempunyai jalur fluorocent di dalam badannya. Boleh digunakan pada waktu malam. Ianya juga dilengkapi dengan hook mata tiga. Aku rasa, gewang ni juga boleh digunakan untuk Haruan. Mempunyai mata 3D yang berwarna merah. Badannya pula berwarna lutsinar yang agak keruh tapi boleh nampak dengan jelas jalur fluorocent di dalamnya dan mempunyai corak/jalur halus berwarna hitam. Mata kail pula berwarna merah keluaran Fire Eagle. Satu set mengandungi 2 gewang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan