Selasa, 10 Januari 2012

Gewang baru

River2Sea Bubble 45 Popper.
Panjang: 4cm

Dibeli secara 'online' melalui laman web sosial Facebook daripada 'Dukun Teckle'. Kepada mereka yang berminat atau mencari gewang dari jenama River2Sea, bolehlah membuat carian 'Dukun Teckle' di Facebook.

Gewang ini bakal menjadi senjata tarung utama aku menentang ikan bulan. Sememangnya ikan bulan adalah dari jenis yang suka menyambar gewang permukaan. Dengan saiz gewang yang kecil ini adalah amat sesuai sekali bagi menjerat ikan bulan. River2Sea Bubble 45 ini menjadi pilihan utama aku kali ini. Sebelum ini, popper yang biasa aku guna ialah dari jenama Bakau dan Lucky Strike. Harap-harap popper daripada jenama yang agak terkenal ini mampu memberikan aksi dan hasil yang jauh lebih baik daripada popper keluaran tempatan. Bukannya aku nak memperkecilkan kebolehan dan kemampuan gewang buatan tempatan tetapi, sekadar membuat perbandingan dari segi kualiti, ketahanan dan keberkesanan. Sila nantikan laporan aksi popper ini menentang ikan bulan dalam 'post' yang akan datang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan