Isnin, 12 Disember 2011

Haruan vs Popper

Ini merupakan lesen Haruan Vs Popper. Kali ini, situasi yang agak menarik. Kebetulan, sewaktu pulang dari kerja, aku singgah sebentar ke tali air. Pintu tali air dibuka dan pada waktu itu adalah waktu air surut.

Aku lihat ada ribuan mungkin jutaan anak ikan seluang memenuhi permukaan tali air. Aku boleh nampak dengan jelas ikan haruan melompat sana sini menyambar anak seluang.

Pada mulanya, aku cuba 'casting' dengan 'Frog bait'. Nampaknya haruan langsung tidak menghiraukan umpan katak plastik yang aku gunakan. Aku mencuba pula dengan 'popper' bersaiz kecil dan menerima beberapa sambaran daripada Haruan.

Seperti yang kita tahu, salah satu diet ikan Haruan ialah anak ikan. Setelah mencuba beberapa kali, akhirnya berjaya juga aku naikkan seekor Haruan yang bersaiz kecil. Cukuplah sekadar melengkapkan koleksi lesen aku.

Mungkin kita semua terlalu obses dengan penggunaan katak hidup atau katak plastik. Memang tidak dinafikan katak adalah merupakan umpan terbaik bagi menewaskan Haruan. Akan tetapi, buat kali pertama aku melihat dengan mata kepala aku sendiri Haruan tidak menghiraukan umpan katak malah lebih galak membaham umpan 'popper' yang dimainkan secara 'walk-the-dog' yang cukup perlahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan