Rabu, 8 Ogos 2012

Belajar buat video pancing

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Memang sejak kecil lagi, aku sangat meminati rancangan-rancangan yang berunsurkan dokumentari. Terutamanya dokumentari yang menceritakan mengenai haiwan tak kira la darat, lautan atau pun mikro organisma. Bersesuaian dengan hobi aku, sudah tentulah cerita mengenai apa sahaja mengenai ikan adalah menjadi kesukaan aku yang nombor satu.

Sekarang aku sudah pun dewasa, mungkin sesuai juga kalau aku katakan yang aku sudah pun tua. Sudah mempunyai pendapatan sendiri dan berkeluarga. Mungkin sudah sampai masanya aku melangkah satu lagi tangga iaitu membuat dokumentari atau pun dengan lebih tepat lagi jurnal memancing aku dalam bentuk video.

Buat masa sekarang, aku belum memiliki sebarang kamera video khas. Aku cuma menggunakan kamera biasa dan sudah tentulah kualiti video tidak seberapa.



Ini (atas) adalah video kedua yang aku hasilkan dan video pertama yang berjaya merakam aksi menaikkan ikan. Masih banyak lagi yang perlu aku pelajari dalam proses nak menghasilkan video yang berkualiti dan berinformasi.

Target aku dalam menghasilkan video ini, bukanlah sekadar syok sendiri, kalau boleh aku ingin menjadikan sebagai video yang penuh dengan informasi dan kalau boleh biarlah sampai satu tahap boleh dijadikan rujukan terutama kepada mereka yang dahagakan tentang ilmu, taktik dan teknik memancing.

4 ulasan: