Selasa, 7 Ogos 2012

Aksi popper fly: Gaines Pan Pop

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sambungan daripada 'post' yang lepas. Aku dah tak mahu ikat 'flies' buat masa yang terdekat. Keadaan aku dengan anak ramai dan masih kecil menyukarkan aku meluangkan masa untuk mengikat 'flies'. Ini tak bermakna aku dah tak mahu ikat langsung, hanya sekadar berhenti buat sementara waktu. Lagi pun, aku masih lagi baru dalam bidang 'fly fishing'. Oleh itu, aku merasakan, perkara yang paling utama sekali ialah memperbaiki teknik balingan atau layangan terlebih dahulu. Setelah lebih 3 bulan aku berhempas pulas berlatih, akhir aku sudah pun berjaya menguasai atau pun dengan lebih tepat lagi, menjiwai seni pancing layang ini.

Pada pendapat aku, setiap kali kita melayangkan tali pancing layang, ianya berkait rapat dengan jiwa kita pada ketika itu. Kecantikkan balingan dan 'loop' yang terhasil sedikit sebanyak menggambarkan ketenangan yang berada dalam jiwa kita. Ini hanyalah pendapat peribadi aku dan tak perlulah dibahaskan dengan lebih panjang tentang perkara ini.
Berbalik kepada cerita mengenai 'flies'. Buat masa sekarang, aku cuma membeli sahaja 'flies'. Antara 'flies' yang paling menarik perhatian saya ialah dari kategori 'popper'.


Gambar di atas ialah 'popper' yang aku maksudkan tadi. Produk ini ialah buatan USA dan terdapat dalam 3 warna iaitu Kuning, Hitam dan Putih dan terdapat dalam 3 saiz iaitu #8, #10 dan #12. Pan Pop di dalam gambar di atas ialah yang paling kecil iaitu saiz #12.

Sebaik sahaja melihat 'popper' ini, ikan pertama sekali yang terlintas di dalam fikiran aku ialah Haruan. Tapi sungguh tak disangka yang ikan  Puyu juga menyambar Pan Pop ini malahan aku juga berjaya mencipta rekod peribadi saya dengan menaikkan Puyu yang bersaiz mega.

Berikut ialah ikan-ikan yang berjaya aku naikkan dengan menggunakan Gaines Pan Pop, warna kuning dan bersaiz #12.


Setakat ini, hanya haruan yang bersaiz kecil yang sudi menyambar Pan Pop, mungkin juga sudah menjadi naluri semula jadi ikan hanya tertarik untuk makan mengikut saiz-saiz yang tertentu. Selain daripada Haruan dan Puyu, ikan Bulan juga tidak ketinggalan turut sama menyabar Pan Pon ini. Cuma nasib tidak menyebelahi aku dan seperti yang kita sedia maklum, ikan Bulan memang sukar untuk dinaikkan atau ditewaskan.

Walau bagaiman pun, Pan Pop kegemaran aku ini lesap juga akhirnya. Tersangkut di tengah-tengah petak sawah padi yang sedang meninggi.

Untuk trip yang akan datang, aku ingin mencuba Pan Pop yang bersaiz lebih besar iaitu saiz #8 dan sudah tentulah target pada kali ini ialah ikan yang lebih besar.

Sekian, Salam Strike! dan Semoga Strike Selalu!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan