22hb Oktober 2012 - Ahad
Hari minggu. Hujan mencurah-curah sejak tengah hari. Pada sebelah petang hujan mula reda. Aku ajak anak-anak dan isteri pergi pasar malam sekejap beli sedikit juadah untuk makan malam. Dalam perjalanan pulang ke rumah, singgah sekejap di tali air untuk memancing haruan.
Jump frog hand-made daripada seorang sahabat. Selalunya, jump frog di aksikan dengan aksi yang laju. Akan tetapi, beberapa minggu yang lepas, aku ada buat beberapa eksperimen. Pada mulanya, aku mencuba bermain-main jump frog di lokasi air yang jernih. Memang tidak dapat dinafikan lagi, jump frog memang killer untuk haruan. Kemudian aku mencuba pula di lokasi yang berair keruh. Seperti biasa, aku membuat karaun pantas. Tetapi, tak ada satu strike pun yang aku dapat. Pada mulanya aku fikir, tempat tu sememangnya tak ada ikan.
Aku cuba mengubah teknik, iaitu membuat karauan perlahan pula. Secara teorinya, penglihatan ikan agak kurang sewaktu air keruh. Agak mengejutkan, bertalu-talu strike yang aku terima cuba kurang bernasib baik.
Hari ini, aku mencuba lagi di tempat yang berair keruh. Kali ini, aku singgah dilokasi yang sememangnya aku tak pernah dapat ikan sebelumnya. Dengan menggunakan jump frog, aku membuat karau yang perlahan dan jump frog diaksikan di laluan yang sama dengan lebih kerap.
Karaun perlahan di air yang keruh memang terbukti berkesan. Akhirnya, seekor haruan 250g menyambar jump frog walau pun jump frog sudah hampir sampai ke tepi dan aku hampir-hampir mahu mengangkat joran untuk membuat balingan seterusnya.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan