Sabtu, 14 Julai 2012

Fly fishing: Yes! Lesen Bulan

Satu komplot ringan yang langsung tidak dirancang telah pun diatur bersama dengan sahabat 'Un'. Pada malamnya, aku menelefon 'Un' mana la tau kot-kot ada komplot yang sedang dirancang. 'Un' cakap tak ada. Jadi, aku menyatakan hasrat aku nak cari lesen 'bulan'. 'Un' ok jer... tak kisah.

Selepas menelefon 'Un' aku pun mula sibuk membuat sedikit persiapan. Aku sedang cuba membuat 'popper'. Oleh kerana saiznya yang teramat kecil, jenuh aku nak menyiapkan satu dan tobat dah, aku tak nak buat 'popper' lagi. Kemudian, aku membuat satu lagi katak terbang, kali ini saiz yang lebih kecil dan sekali lagi aku tobat, tak nak dah buat 'flies' guna 'foam' yang di mana banyak kerja-kerja menampal 'foam' dengan 'super glue' perlu dilakukkan. Habis jari-jari aku melekit-lekit terkena sisa 'super glue'.

Akhirnya, setelah berhempas pulas selama satu jam setengah, siap juga 2 'flies' yang ntah boleh diguna pakai atau tidak.

Hari yang ditunggu pun tiba, tapi aku bangun agak lewat sikit. Aku pun bergegas ke Bukit Minyak. Aku ada sms 'Un' yang aku dalam perjalan ke sana. 'Un' membalas balik sms meyatakan yang dia sudah pun berada di sana bersama seorang rakan yang datang dari KL iaitu 'M.D'.

Sebaik sahaja tiba di tempat komplot, aku melihat mereka sedang asyik melayangkan tali masing-masing. Aku pun bersiap seperti biasa, memasang 'rod' dan 'reel'. Sedang aku asyik mengikat 'leader' dan 'tippet', tiba-tiba 'fly' 'Un' di sambar 'bulan'. Aku sempat merakam pertarungan singkat 'Un' vs 'Bulan'.

Nampaknya nasib aku masih lagi kurang baik. Aku hanya menerima 4 'strike' dan gagal menaikkan sebarang 'bulan'. Begitu juga dengan 'M.D'. Lebih kurang dalam jam 10:30 pagi, kami semua berhenti dan pulang ke rumah masing-masing.

Oleh kerana tidak berpuas hati, sebelum pulang ke rumah, aku singgah sekejap di tali air berhampiran dengan rumah. Aku cuba mencari haruan, tapi masih lagi gagal. Kemudian, aku menggunakan 'fly' yang bersaiz kecil untuk menjejak puyu. Tanpa di sangka-sangka, 'fly' kecil itu disambar anak bulan berkali-kali. Akhirnya, berjaya juga aku menaikkan seekor anak ikan bulan dengan menggunakan 'nymph'.

Yes! Lesen! Akhirnya, berjaya juga aku memperolehi lesen 'Bulan Vs Fly'. Kebetulan, ikan bulan sedang galak mencari makan pada ketika itu.

Aku terus mencuba lagi, kali ini, aku tukar 'fly' kepada saiz yang lebih besar dan mendapat 'strike' yang bertalu-talu. Akhirnya, seekor lagi anak ikan bulan berjaya dinaikkan.

Dengan itu, misi kali ini dikira berjaya, dan misi yang seterusnya sudah semestinya menaikkan ikan yang bersaiz lebih besar.


Sekian, Salam Strike dan Semoga Strike Selalu!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan