Khamis, 19 April 2012

Lama tak update blog

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Yang utamanya aku ingin memohon maaf kerana tidak men'update' blog ini dalam jangka masa yang agak panjang. Bukannya apa, lebih banyak aktif di laman web sosial yang paling terkenal di mana semua orang sudah sedia maklum iaitu 'Facebook'. Ini tidak bermakna aku sudah pun melupakan dunia blog cuma sekadar berehat sekejap sambil mencari lebih ramai kawan. Selain daripada itu, aku juga sibuk dengan bisnes menjual gewang secara online.

Setelah beberapa bulan menjual gewang secara online di dalam Facebook, akhirnya telah membawa kepada satu perancangan yang sangat besar iaitu membuka kedai menjual alat-alat memancing. Sekarang ini aku sedang cuba mendapatkan bantuan kewangan dan sudah tentulah daripada bank bagi memulakan projek kedai alat memancing ini. Harap-harap, sahabat-sahabat semua terus menyokong usaha murni serta cita-cita aku ini. Walau bagai mana pun, kita cuma mampu merancang tapi hanya Allah yang maha menentukan segalanya.

Berbalik kepada dunia memancing. Selama aku mendiamkan diri, aku masih lagi melakukan beberapa trip solo khasnya menguji kehebatan 'Soft Plastic'. Ini tak bermakna aku melupakan terus gewang 'Hardbait', akan tetapi aku sedang cuba mengetengahkan atau lebih tepat mempopularkan penggunaan 'Soft Plastic' dengan lebih meluas khasnya di negara kesayangan kita iaitu Malaysia.


Bagi kebanyakan pemancing di Malaysia, masih ramai lagi yang kurang arif tentang cara menggunakan 'Soft Plastic'. Walau pun ada yang guna, masih lagi terhad kepada satu atau dua cara sahaja. Sedangkan 'Soft Plastic' boleh diguna dengan bermacam cara. Aku ada membuat beberapa carian dalam 'Youtube' cara-cara menggunakan 'Soft Plastic' akan tetapi, kebanyakan ilmu yang dikongsi adalah dari negara luar terutamanya USA dimana target ikan utama mereka ialah 'Large Mouth Bass' dan tak semuanya sesuai untuk ikan-ikan di negara kita.

Sejak aku mula menggunakan 'Soft Plastic', aku ada membuat beberapa kajian serta eksperimen tentang cara penggunaannya. Memang terbukti, 'Soft Plastic' sememangnya umpan sangat berkesan terutama memancing ikan haruan. Walau bagai mana pun, teknik bagai mana 'Soft Plastic' dimainkan juga memainkan peranan yang besar dalam keberkesanannya.



Bagi 'post' yang akan datang, aku akan cuba berkongsi tentang pelbagai jenis 'Soft Plastic' dan juga 'Rig' serta kesesuaianya berdasarkan saiz dan jenis 'Soft Plastic'. Ini tak bermakna yang aku ini adalah pakar dalam penggunaan 'Soft Plastic' tapi sekadar berkongsi ilmu yang aku pelajari dari orang lain dan sedikit sebanyak penemuan daripada hasil kajian yang aku jalankan.

Salam strike!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan