Rehat? Ya, buat masa sekarang ni aku berehat daripada memancing. Oleh kerana anak-anak aku masih lagi kecil, jadi aku mengambil tindakan untuk berehat dari memancing buat sementara waktu dan bagi perhatian yang lebih kepada keluarga aku.
Akhir-akhir ini, aku terlalu aktif memancing tanpa mengira masa dan tempat. Nak dijadikan cerita, ada 'benda' telah mengekori aku pulang ke rumah dan yang menjadi mangsanya ialah anak aku yang paling kecil. Hampir seminggu lebih demam dan selalu dalam ketakutan seolah-olah nampak sesuatu. Tapi itu semua aku anggap sebagai ujian dalam diri aku dan aku tetap yakin segala yang berlaku adalah dengan izin Allah. Jadi, untuk kes yang ini tidak perlulah dibincang dengan penajang lebar. Tutup kes!
Di sini aku ingin berkongsi serba sedikit mengenai hasil tangkapan aku yang lepas. Gambar disebelah ini ialah ikan puyu yang berjaya di'cangkop' dengan teknik 'casting' dengan 'micro spoon' cap bakau. Aku agak terkejut kerana ikan puyu ini boleh dikatakan ikan puyu yang paling besar yang berjaya di'casting' oleh aku. Dan secara tidak langsung sebagai lesen 'Spoon Vs Puyu'.
Memang benar, ikan puyu memang boleh di'casting' terutamanya yang bersaiz bagak. Pada mulanya, aku menyangkakan haruan 'curut' yang membaham 'spoon' aku. Rupa-rupanya ikan puyu.
Saiznya ikan puyu ini hampir sama lebar dengan tapak tangan aku. Saiz yang begini amatlah jarang ditemui pada masa sekarang. Selalunya, musim yang paling sesuai memancing ikan puyu yang bersaiz 'bagak' begini ialah sewaktu padi tengah masak atau musim menuai. Walau bagai mana pun, ini bukanlah ikan puyu yang paling besar aku pernah naikkan.
Aku masih lagi teringat sewaktu zaman kanak-kanak iaitu semasa di sekolah rendah. Selalunya, lepas habis sekolah, pada sebelah petang, aktiviti utama aku ialah memancing. Aku pernah menaikkan 4 ekor ikan puyu yang bersaiz dua kali ganda daripada ikan puyu yang aku dapat seperti dalam gambar di atas. Itu adalah cerita dulu-dulu, aku tak pasti sama ada ikan puyu yang bersaiz besar 2 tapak tangan masih ada lagi atau tidak pada zaman sekarang.
Ini pula ialah haruan yang paling kecil yang berjaya di'casting' oleh aku dengan menggunakan 'Soft bait - frog'.
Ini ialah ikan terakhir yang berjaya di'casting' oleh aku sebelum aku 'rehat' memancing. Dalam tempoh 'rehat' ini, aku masih lagi aktif dalam perkara-perkara yang lain seperti menjual gewang melalui laman web sosial facebook. Kepada mereka yang berminat nak beli gewang dengan harga yang murah dan berpatutan, boleh membuat carian 'Gewang Sang' di facebook.
Selain daripada itu, sepanjang tempoh 'rehat' aku akan pastikan blog ini sentiasa aktif dengan pelbagai maklumat yang berkaitan dengan sukan memancing.
Salam strike!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan