Khamis, 20 Januari 2011

Misi Haruan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,











Semalam (20 Jan 2011) ialah hari cuti iaitu Hari Thaipusam. Tapi aku masih lagi ke pejabat kerana ada kerja yang perlu aku selesaikan. Tapi pada sebelah petang, bagi mengurangkan sedikit tahap 'stress' aku bercadang untuk pergi memancing. Seperti biasa dengan motosikal kesayangan, aku keluar pergi mencari tempat untuk memancing. Target aku pada kali ini ialah ikan haruan.



Sebenarnya aku pun belum ada tempat tujuan, oleh itu aku merayau-rayau dengan motosikal dari Bukit Mertajam menghala ke Kulim. Aku berjumpa dengan tali air di sawah padi berhampiran dengan lebuhraya menghala ke Kulim dan buat keputusan untuk memancing di situ.





Di atas ialah gambar tali air tersebut. Daripada gambar di atas, kelihatan seperti habitat yang sangat sesuai untuk haruan. Aku ada terserempak dengan beberapa ekor haruan yang berehat di tepi tali air tersebut mengesahkan lagi memang ada haruan di sini.




Ini pula ialah gewang-gewang yang aku guna dalam misi ini. Tapi malang sekali, aku gagal menangkap sebarang haruan. Malahan, 'sentapan' pun tak ada. Tapi ini adalah adat dalam sukan memancing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan