Selasa, 18 Januari 2011

Misi Haruan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Agak lama aku tidak ber'blog' kerana kesibukan dengan tugas harian. Walau bagai mana pun, aku masih lagi aktif memancing di waktu terluang di hari minggu. Dua minggu lepas aku sibuk dengan misi Haruan. Aku mohon maaf kerana tidak ada gambar yang dapat dikongsi kerana handphone (kamera) ada mengalami masalah teknikal. Untuk masa-masa yang akan datang, aku akan sertakan gambar atau pun dengan erti kata lain, 'bukti' penangkapan.

Sepanjang dua minggu lepas aku sibuk di sawah-sawah padi dan tali air sekitar permatang pauh.
Dalam misi ini, 'lure' yang aku guna ialah 'Frogy'. Untuk catatan, aku cuma berjaya menaikan 2 ekor haruan bersaiz kecil sahaja. Tapi aku menerima lebih daripada 20 'sentapan'.

2 ulasan:

  1. salam...bang...tak try ka blah jalan matang pauh hala ke kilang padi tu...kat situ tgk bnyk dok kail puyu...ada gak la dok buru ruan...umah pak mentua saya belakang tu ja...tak silap kat jalan bukit merah tu laaa...tapi bising skit...kalau abag masuk dalam lagi..lagi best...ikot permatang apa ntah...ataih skit dr matang rambai...jalan tu boleh kluaq balik mai bukit merah...temboih kot sawah...tali ayaq kat situ mmg mengamcam...ingat minggu depan balik kg nak p la...waccoinc

    BalasPadam
  2. ok laa... kalau nak pergi, jangan lupa hello, check no phone aku dalam forum...

    BalasPadam