Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Boleh dikatakan agak lama aku tak turun memancing haruan. Sejak kebelakangan ini, aku sedikit obses dengan pancingan ikan bulan. Tambahan pula, terkenangkan karen Abu Rocket Minnow jenis Rainbow.
Minggu Lepas, Abu Rocket lesap ekoran tersangkut pada kayu dalam air. Tapi sebelum kejadian lesap, aku sempat merasa beberapa kali 'strike' daripada bulan mega yang bermain di air cetek. Tak ada satu pun yang berjaya dibawa naik, semuanya, dimuntahkan balik sewaktu melompat.
Minggu ni, 'mood' memancing aku sedikit hilang. Tapi, tiba-tiba teringatkan si ikan Haruan. Bila difikir-fikirkan balik, memang agak lama aku tak turun 'meruan'. Pernah dapat haruan, tapi semasa memancing ikan bulan dengan menggunakan popper R2S. Dalam erti kata lain, bukan misi haruan ayng sebenar.
Pagi tadi, aku turun lagi, tapi kali ini sememangnya target aku ialah ikan haruan. Ntah macam mana, tiba-tiba aku dapat merasa satu keseronokkan yang dah lama aku tak rasa iaitu, missed strike daripada haruan. Hahahahaha
Dengan menggunakan jump frog, berkali-kali aku menerima strike tapi missed. Tiba-tiba sahaja, mood memancing aku kembali semula.
Akhirnya, berjaya juga aku menaikkan seekor ikan haruan yang boleh dinobatkan haruan terbesar tahun 2013. Boleh tahan karen jugak dibuatnya. Dan buat pertama kalinya aku merasa karen rod BC single hand.
Karen tarikkan ikan ke atas rod single hand ni ada sedikit kelainan. Feel nya hampir sama dengan rod fly ekoran, tangan kita yang memegang berada dihujung rod. Aku boleh merasakan setiap gedikkan ikan yang sedang melawan dalam air.
Pada mulanya, aku sedikit kekok menggunakan rod single hand ni, tapi setelah merasa karen daripada ikan haruan di atas, aku mula menyukai rod ini. Rod jenis single hand ni, memang seronok melayan gedikan ikan. Mungkin aku perlu cuba berlawan dengan ikan bulan pulak selepas ini.
Apa-apa pun, sekian dan Salam Strike!
Tuan, lama tak post..
BalasPadamRasa mcm nak join mengail haruan..
haruan ada dimana-mana... apa lagi... turun jer... jgn lupa masuk blog baru aku... diaripancingku.blogspot.com
Padamnice catch bro..mana lokasi bro? boleh komplot skali..hehehe
BalasPadamPenang bro... tapi sekaran dah jarang-jarang memancing... sibuk dgn dgn baby baru... tapi kalau ada masa... boleh saja... takder masalah... jgn lupa lawat ke bog baru... diaripancingku.blogspot.com
Padam