Ahad, 23 Disember 2012

Fly fishing: Puyu Penyelamat 'Kumpau'

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Pagi tadi aku ada turun memancing untuk sesi menguji 'Micro Clouser Minnow' yang aku baru buat semalam. Target utama aku ialah ikan Haruan dan ikan Bulan.

Ini adalah lokasi untuk aku menguji 'fly' yang baru aku buat. Di lokasi ini terdapat banyak haruan 'curut' akan tetapi tali aku pernah putus beberapa kali disambar haruan yang bersaiz 'bagak' yang kadang-kadang ada juga singgah di sini sekali sekala. Selain daripada itu, ikan puyu dan ikan bulan juga banyak terdapat di sini.







Ini pula adalah lokasi yang kedua dan lokasi ini sebenarnya bersambung dengan lokasi di atas dan hanya dipisahkan oleh jalan kecil yang hanya muat sebiji kereta. Keadaan air tersangatlah cantik, jernih dan ikan bulan jelas kelihatan 'boiling' di serata tempat. Sekali-sekala kelihatan haruan melompat menyambar anak seluang yang bermain-main di kawasan cetek.






Sudah sampai masanya untuk menguji 'Micro Clouser Minnow' yang baru aku buat semalam. Aku mula membuat balingan di lokasi yang pertama dan seperti yang dijangka, sebaik saja 'fly' ini mencecah air, berkali-kali 'strike' yang aku terima dalam 1 'cast'. Tapi masih belum berjaya mendapat 'strike' yang betul-betul kemas.

Kemudian, aku beralih pula ke lokasi yang kedua, kali ini ikan bulan yang bersaiz lebih besar yang menyambar 'fly' aku. Aku sempat bertarung dengan 2 ekor ikan bulan yang bersaiz agak besar, tapi agak malang kerana tidak berjaya didaratkan.

Kelibat haruan langsung tidak kelihatan cuba nak meyambar 'fly' yang ini, mungkin juga ianya langsung tak menarik minat haruan untuk membedal umpan yang bersaiz kecil ini. Atau pun, mungkin juga, terlalu sibuk mengejar anak ikan seluang.

Setelah hampir sejam aku berhempas pulas, walau pun bertalu-talu 'strike; ikan bulan yang aku terima, kesudahannya, 'kumpau' jua.

Kemudian, aku bertukar menggunakan 'Micro Shrimp' yang sememangnya tak pernah menghampakan aku. Seperti biasa, bertalu-talu 'strike' yang aku terima akan tetapi, hasilnya masih lagi sama, iaitu 'kumpau'.

Nampak gayanya, masa sudah semakin suntuk, aku sudah putuskan yang misi mencari haruan dan bulan sebagai gagal.





Seperti biasa, setelah gagal menjerat haruan dan bulan, aku bertukar menggunakan 'Dry fly' dan misi mencari penyelamat 'kumpau' dijalankan iaitu mencari puyu.

Sedang aku melayang mencari puyu, boleh pula seekor haruan yang bersaiz agak kasar timbul depan mata aku. Aku cuba menarik perhatian haruan tersebut dengan menggunakan 'dry' tapi nampak gayanya haruan macam tak berminat nak menyambar 'dry' aku ini.

Aku kembali fokus kepada operasi menyelamat kerana dikhuatiri kejadian 'kumpau' semakin menjadi-jadi.

Dan akhirnya, operasi menyelamat berjaya. Aku tak perlu menunggu lama, seekor puyu sebesar ibu jari berjaya dinaikkan dengan menggunakan 'dry'. Akhirnya, bolehlah aku balik dengan hati yang sedikit tenang. Walau pun kecil, tetapi sekurang-kurangnya aku tak 'kumpau'.

Sekian, Salam Strike!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan