Sabtu, 14 Julai 2012

Fly fishing: Yes! Lesen Bulan

Satu komplot ringan yang langsung tidak dirancang telah pun diatur bersama dengan sahabat 'Un'. Pada malamnya, aku menelefon 'Un' mana la tau kot-kot ada komplot yang sedang dirancang. 'Un' cakap tak ada. Jadi, aku menyatakan hasrat aku nak cari lesen 'bulan'. 'Un' ok jer... tak kisah.

Selepas menelefon 'Un' aku pun mula sibuk membuat sedikit persiapan. Aku sedang cuba membuat 'popper'. Oleh kerana saiznya yang teramat kecil, jenuh aku nak menyiapkan satu dan tobat dah, aku tak nak buat 'popper' lagi. Kemudian, aku membuat satu lagi katak terbang, kali ini saiz yang lebih kecil dan sekali lagi aku tobat, tak nak dah buat 'flies' guna 'foam' yang di mana banyak kerja-kerja menampal 'foam' dengan 'super glue' perlu dilakukkan. Habis jari-jari aku melekit-lekit terkena sisa 'super glue'.

Akhirnya, setelah berhempas pulas selama satu jam setengah, siap juga 2 'flies' yang ntah boleh diguna pakai atau tidak.

Hari yang ditunggu pun tiba, tapi aku bangun agak lewat sikit. Aku pun bergegas ke Bukit Minyak. Aku ada sms 'Un' yang aku dalam perjalan ke sana. 'Un' membalas balik sms meyatakan yang dia sudah pun berada di sana bersama seorang rakan yang datang dari KL iaitu 'M.D'.

Sebaik sahaja tiba di tempat komplot, aku melihat mereka sedang asyik melayangkan tali masing-masing. Aku pun bersiap seperti biasa, memasang 'rod' dan 'reel'. Sedang aku asyik mengikat 'leader' dan 'tippet', tiba-tiba 'fly' 'Un' di sambar 'bulan'. Aku sempat merakam pertarungan singkat 'Un' vs 'Bulan'.

Nampaknya nasib aku masih lagi kurang baik. Aku hanya menerima 4 'strike' dan gagal menaikkan sebarang 'bulan'. Begitu juga dengan 'M.D'. Lebih kurang dalam jam 10:30 pagi, kami semua berhenti dan pulang ke rumah masing-masing.

Oleh kerana tidak berpuas hati, sebelum pulang ke rumah, aku singgah sekejap di tali air berhampiran dengan rumah. Aku cuba mencari haruan, tapi masih lagi gagal. Kemudian, aku menggunakan 'fly' yang bersaiz kecil untuk menjejak puyu. Tanpa di sangka-sangka, 'fly' kecil itu disambar anak bulan berkali-kali. Akhirnya, berjaya juga aku menaikkan seekor anak ikan bulan dengan menggunakan 'nymph'.

Yes! Lesen! Akhirnya, berjaya juga aku memperolehi lesen 'Bulan Vs Fly'. Kebetulan, ikan bulan sedang galak mencari makan pada ketika itu.

Aku terus mencuba lagi, kali ini, aku tukar 'fly' kepada saiz yang lebih besar dan mendapat 'strike' yang bertalu-talu. Akhirnya, seekor lagi anak ikan bulan berjaya dinaikkan.

Dengan itu, misi kali ini dikira berjaya, dan misi yang seterusnya sudah semestinya menaikkan ikan yang bersaiz lebih besar.


Sekian, Salam Strike dan Semoga Strike Selalu!!!

Ahad, 8 Julai 2012

Fly Vs Haruan

Setelah puas bergelumang dengan ikan Puyu, aku pun merasakan sudah tiba masanya mencari lesen haruan pula. Pada peringkat awal, aku tidak ada 'flies' yang sesuai untuk haruan.

Kemudian, terdetik dihatikan untuk menghasilkan flies topwater berbentuk katak. Ini adalah 'prototype' katak foam aku yang pertama. Secara teorinya, katak ini sememangnya umpan yang sangat sesuai untuk haruan.








Sesi menguji keberkesanan 'flies' buatan aku sendiri membuahkan hasil apabila seekor haruan 'curut' berjaya dinaikkan. Nampaknya 'prototype' ini sudah pun lulus QA. Aku akan memperhalusi lagi 'flies' katak ini dengan lebih cantik dan kecil untuk masa akan datang.

Sebenarnya 2 ekor haruan berjaya di'tipu' oleh katak 'prototype' aku ini. Haruan yang kedua lebih besar daripada yang pertama dan buat pertama kalinya aku menarikkan ikan dengan menggunakan karauan 'reel'. Aku sempat bertarung dengan haruan yang kedua sampai ke tepi akan tetapi agak malang ikan tersebut terlepas sewaktu aku cuba mengangkatnya naik ke tebing. Apa kan daya, tak sempat nak ambil gambar sebagai bukti. Lain kali cuba lagi. Ekoran daripada pertarungan dengan haruan kedua itu juga, 'flies' katak aku ini koyak rabak dan tak boleh diguna pakai lagi. Nampaknya, aku kena menghasilkan lebih banyak 'flies' katak untuk sessi 'meruan' yang akan datang.

Bermulanya pencarian lesen 'fly'

Pada peringkat awalnya, aku cuba mencari ikan bulan sebagai lesen. Walau pun berpuluh 'strike' aku dapat, tapi agak malang, tak ada satu pun yang tersangkut. Aku pun menukar target aku kepada ikan puyu. Dengan menggunakan 'flies' yang diberi oleh seorang sahabat, aku mula mencari lesen fly iaitu ikan Puyu.

Akhirnya, berjaya juga menaikkan ikan puyu atau pun dengan lebih tepat ikan pertama dengan menggunakan 'fly fishing'. Dan seterusnya, lebih banyak ikan puyu yang berjaya dinaikkan oleh aku.












Ini pula ialah Puyu yang paling besar berjaya dinaikkan.

Khamis, 5 Julai 2012

Dunia fly fishing

Pada akhir bulan Mei 2012, aku telah membeli set fly fishing dan secara tidak langsung, bermulalah cerita dunia memancing aku mengenai 'fly fishing'. Aku sememangnya sudah mula berminat dengan 'fly' fishing' sejak 7 tahun lalu iaitu sewaktu aku bermain 'game' Playstation 'Reel fishing II'. Daripada sini aku mula berminat tentang 'fly fishing' dan mula membuat 'research' mengenai pancing layang ini.





Akhir berjaya jugak aku memiliki satu set pancing layang 5wt. Memang menarik, jauh berbeza dengan pancingan biasa. Aku banyak membuat carian daripada lama web 'Youtube' tentang cara-cara nak melayangkan set pancing ini. Masih banyak lagi yang aku perlu berlajar mengenai dunia 'fly fishing'.