Selasa, 4 Oktober 2011

Masih aktif!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Aku mohon maaf kerana sudah agak lama aku tidak mengemaskini berita terkini mengenai aktiviti memancing aku. Aku masih lagi aktif memancing, cuma tidak sempat membuat laporan di dalam blog kerana agak sibuk dengan kerja rutin seharian.

Bermula April 2011, aku sudah mula menjinakkan diri aku dalam dunia 'Baitcaster'. Baitcaster pertama yang aku beli ialah Seahawk Bass 103L warna kuning. Aku mengambil masa lebih kurang sebulan berlatih dan cuba memahami konsep 'baitcaster' nih.

Akan tetapi, pada hari raya ke empat baru-baru ni, 'baitcaster rod' pertama aku patah mungkin kerana sudah retak kerana terlalu aktif memancing.

Di sini aku ada serta beberapa gambar haruan yang berjaya aku pancing dari bulan May 2011 sehingga sekarang.

30/05/2011 - Permatang pauh



31/05/2011 - Permatang pauh



14/06/2011 - Penaga




25/07/2011 - Penaga



01/10/2011 - Permatang Pauh



02/10/2011 - Penaga



Sebenarnya, ada banyak lagi haruan yang aku naikkan, tapi kebetulan pulak tak bawa handset waktu tu. Untuk episod yang akan datang, Haruan Vs Katak Kayu pulak. Untuk misi katak kayu ni, agak cerewet sedikit kerana hanya tempat-tempat yang tertentu sahaja sesuai. Bagi tempat yang terlalu banyak semak, tidak sesuai sama sekali nak guna katak kayu ni kerana mudah tersangkut. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat sahaja nanti. Cakap banyak tak guna, apa yang penting lempar dulu, baru tahu ikan makan ke tak!

2 ulasan:

  1. April 2011... sekarang ni mesti dah pro guna BC.. hehe

    BalasPadam
  2. Boleh laaa... dah jadi ketagih la pulak... bila aku cuba guna Spinning Reel, timing dah lari dah... siap gewang aku terlepas kat atas pokok... nampak gayanya, kena maintain guna semua jenis joran... sekarang aku tengah usha fly fishing pulak... duit tarak lagi... tunggu bonus tahun depan (2012).....

    BalasPadam