Isnin, 26 Disember 2011

Haruan Vs Janggut

Gewang yang aku gunakkan ialah 'Spinner bait' atau pun lebih dikenali sebagai 'Janggut' dari jenama BOOYAH POND MAGIC.

Agak memberangsangkan, aku menerima banyak 'strike' terutamanya daripada haruan yang bersaiz kecil. 2 daripadanya tersangkut dan terlepas sebelum sempat dibawa naik. Hanya seekor berjaya dinaikkan iaitu Haruan yang bersaiz agak besar. Anggaran berat ialah sekitar 0.6 - 0.8 kg. Panjang lebih daripada 1 kaki.



Isnin, 19 Disember 2011

Ikan Bulan Vs Bulu Ayam

Seperti biasa, jika ada waktu yang terluang aku akan pergi ke kedai joran mencari gewang baru atau yang belum pernah aku cuba. Aku bertanyakan pada tokey kedai mengenai gewang yang sesuai untuk ikan bulan. Tokey tu cakap, kalau ikan bulan guna bulu ayam bagus. Bulu ayam? Ya, bulu ayam yang orang guna pancing tenggiri. Tapi ambil saiz yang paling kecil.

Harganya tak la mahal sangat, apa salahnya aku cuba. Keessokkannya, aku terus mencuba gewang bulu ayam yang baru beli tu. Kebetulan pada waktu tu air tengah surut, walau pun air keruh, aku boleh nampak dengan jelas ikan bulan menyambar permukaan air sana dan sini. Memang banyak betul ikan bulan yang bermain-main di sini. Kadang-kadang tu aku boleh nampak dengan jelas ikan bulan yang bersaiz bagak timbul di permukaan air.

Sungguh mengejutkan, memang betul gewang bulu ayam ni terbukti berkesan. Balingan yang pertama sudah pun disambar ikan bulan. Akan tetapi, ada sedikit kesilapan, mata kail yang aku gunakan terlalu kecil, semua sambaran ikan bulan tu sia-sia sahaja, susah nak tersangkut. Akhirnya, berjaya juga aku naikkan seekor yang bersaiz serdahana.

Aku terus mencuba, walau pun menerima banyak sambaran, tapi masih lagi gagal bawa naik ikan tersebut. Banyak yang terlepas sebelum berjaya di daratkan. Mungkin juga kerana mulut ikan bulan yang terlalu besar berbanding mata kail yang aku gunakan.

Tapi tak apa, sekurang-kurangnya aku sudah tau kesilapan utama aku kat sini. Lain kali, aku akan cuba gunakan mata kail yang lebih besar. Atau pun guna mata kail yang bercabang tiga. Harap-harap teori aku betul pada kali ini.

Isnin, 12 Disember 2011

Haruan vs Popper

Ini merupakan lesen Haruan Vs Popper. Kali ini, situasi yang agak menarik. Kebetulan, sewaktu pulang dari kerja, aku singgah sebentar ke tali air. Pintu tali air dibuka dan pada waktu itu adalah waktu air surut.

Aku lihat ada ribuan mungkin jutaan anak ikan seluang memenuhi permukaan tali air. Aku boleh nampak dengan jelas ikan haruan melompat sana sini menyambar anak seluang.

Pada mulanya, aku cuba 'casting' dengan 'Frog bait'. Nampaknya haruan langsung tidak menghiraukan umpan katak plastik yang aku gunakan. Aku mencuba pula dengan 'popper' bersaiz kecil dan menerima beberapa sambaran daripada Haruan.

Seperti yang kita tahu, salah satu diet ikan Haruan ialah anak ikan. Setelah mencuba beberapa kali, akhirnya berjaya juga aku naikkan seekor Haruan yang bersaiz kecil. Cukuplah sekadar melengkapkan koleksi lesen aku.

Mungkin kita semua terlalu obses dengan penggunaan katak hidup atau katak plastik. Memang tidak dinafikan katak adalah merupakan umpan terbaik bagi menewaskan Haruan. Akan tetapi, buat kali pertama aku melihat dengan mata kepala aku sendiri Haruan tidak menghiraukan umpan katak malah lebih galak membaham umpan 'popper' yang dimainkan secara 'walk-the-dog' yang cukup perlahan.

Ahad, 11 Disember 2011

Ikan Puyu boleh casting?

Sejak akhir-akhir ni, aku terlalu ghairah dengan 'Micro Lure'. Keseronokan bermain dengan 'Micro Lure' ini agak berlainan sedikit. Pada mulanya, target utama aku ialah ikan Bulan. Akan tetapi, gewang mikro yang aku gunakan menerima banyak sambaran terutamanya daripada ikan Haruan yang bersaiz 'baby'. Agak menyeronokkan apabila melihat anak-anak haruan ini mengejar gewang mikro. Akan tetapi, tak ada seekor pun anak Haruan atau ikan Bulan yang berjaya aku naikkan.

Tanpa disangka, seekor bapak ikan Puyu, menyambar gewang mikro aku. Pada mulanya aku ingatkan ikan Bulan. Oleh kerana joran yang aku gunakan juga adalah bersaiz mikro, aku dapat rasakan dengan jelas tarikkan ikan Puyu ini. Memang betul teori aku selama ini, ikan Puyu juga mempunyai potensi yang besar untuk sambar gewang. Tambahan pula, ini adalah merupakan kali kedua aku berjaya naikkan ikan Puyu dengan teknik 'casting.

Warna gewang yang sesuai mestilah warna yang terang seperti hijau, jingga atau merah jika bermain di air yang jernih. Berlainan pula jika di air yang keruh. Selalunya warna yang sesuai untuk air yang keruh ialah, hitam, silver atau gold.

Gewang mikro ini mestilah dimainkan dengan aksi yang cukup perlahan. Ianya mestilah kelihatan seperti ikan emas atau kap yang sedang berenang. Seperti yang semua orang tahu, renangan ikan emas atau kap ini tidaklah selaju ikan-ikan yang lain.

Perbezaan yang cukup ketara apabila aku cuba memainkan gewang mikro ini dengan aksi yang laju. Selalu tidak ada langsung sambaran. Aku pernah mencuba di air yang jernih dimana ikan Haruan boleh dilihat dengan jelas. Apabila aku cuba 'casting' gewang mikro dengan aksi yang laju, ikan Haruan langsung tidak menghiraukan gewang tersebut. Kemudian, aku cuba lakukan dengan aksi perlahan. Aku nampak dengan jelas Haruan menuju ke gewang mikro dan mengekorinya sampai ke tepi air.

Walaupun tiada sambaran yang berlaku, tetapi ianya sedikit sebanyak memberi gambaran tentang perkara yang boleh menarik minat ikan untuk bertindak. Pernah juga aku merima sambaran ikan Haruan yang besar, akan tetapi 'hook' gewang mikro ini terlalu kecil dan ianya tidak mampu mencangkuk ikan Haruan tersebut dengan sempurna. Walau bagaimana pun, ini tidak bermakna ianya tak boleh menaikkan ikan yang besar.

Masih banyak lagi eksperimen yang perlu aku lakukkan. Mungkin ada diantara kita hanya ghairah mencari ikan yang besar. Tetapi, aku sebaliknya, ghairah dalam mencuba pelbagai teknik. Akhir kata, kesimpulan yang dapat aku buat disini, kepuasan dalam mencuba pelbagai teknik adalah jauh lebih memberi kepuasan dalam memancing. Selain daripada itu, saiz joran dan kekili juga memainkan peranan yang amat penting dalam menghasil renangan yang cantik untuk gewang mikro ini.

Selasa, 22 November 2011

Puyu???

Aku macam tak percaya, mungkin 'korang' semua pun tak percaya. Nak tak nak, kena percaya juga. Puyu sambar Popper? Ya, memang ikan puyu ni sambar Popper.

Macam-macam soalan yang ada dalam fikiran aku. Ada logiknya juga, aku pernah lihat ikan puyu gigit ekor ikan mas. Dan banyak kali aku tengok ikan puyu gigit ekor ikan mas.

Kebetulan, Popper yang aku gunakkan memang macam ikan mas, tambahan pula diekor Popper tu, ada bulu ayam. Jadi dalam air, mungkin popper ni nampak macam ikan mas.

Bukan senang nak dapat lesen casting ikan puyu ni... hahahaha....

Hari hari yang lepas

Seperti biasa, di hari-hari yang lepas aku melepaskan gian memancing haruan dengan menggunakan Janggut. Ini merupakan haruan kedua yang berjaya aku naikkan dengan menggunakan 'janggut'.









Suasana pagi hari yang cukup nyaman dan air yang tenang cukup menyegarkan dan menyamankan mata memandang. Walau bagai mana pun, tiada sebarang tangkapan di lokasi ini.









Aku bergerak ke lokasi yang berlainan. Akhirnya berjaya juga aku naikkan 2 ekor ikan bulan. Ikan yang pertama tak sempat aku nak ambil gambar, terlepas semasa tengah 'action' depan kamera. Ntah macam mana, ikan tu boleh terlucut daripada 'hook' dan terus ke dalam air.

Kemudian, aku meneruskan aktiviti 'casting' aku seperti biasa. Aku menerima beberapa sambaran ganas daripada ikan bulan dan akhirnya berjaya juga aku naikkan seekor lagi ikan bulan. Kali ini aku bertarung agak lama sebelum dapat naikkan ikan tersebut.

Walau bagai mana pun, gewang yang aku gunakan telah pun ber'kubur' kerana tersangkut dekat kayu. Terpaksa la aku berhenti memancing dan terus balik rumah. Keesokkannya, aku pergi ke kedai joran cari lagi 3 ekor micro popper untuk dijadikan senjata tarung menentang si bulan tali air Penaga.

Jumaat, 11 November 2011

Lesen Casting Ikan Bulan

12.11.2011, Sabtu

Aku turun seawal 7:30 pagi. Semangat aku berkobar-kobar gewang-gewang yang aku baru beli semalam. Harap-harap aku dapat lesen casting bulan aku pada hari ini.

I go fishing at 7:30 am. In the spirit of the cease-fire with a bundle of new lures bought yesterday, I hope to obtain a license for casting "Bulan".

1st Spot
Sudah agak lama aku perhatikan ikan bulan di sini bermain-main di depan mata. Dah bermacam gewang yang aku cuba sebelum ini, tapi tak ada satu pun mampu menambat hati si bulan ini. Lokasi ini terletak berhampiran dengan Taman Penaga.

I went here many times and saw 'Bulan' play around here. I have tried many lure but none is working. It seems the 'Bulan' is not interested with the lure. This spot is located at Taman Penaga.

Lure 1: Spinner
Strike: 0
Catch: 0

Gewang 2: Micro Popper
Strike: 4
Catch: 1

1st fish: vs micro popper
Agak mengejutkan aku, lemparan yang pertama dan kedua sudah pun menerima sambaran hebat. Akhirnya sambaran keempat berjaya juga menewaskan si bulan.

It was suprising me, the first and second cast already received a strike. At last, I have managed to lift up on 4th strike.

1st Fish: Bulan
Saiz sedahana, panjang lebih kurang 1 kaki. Tak sempat nak ukur sebab terlalu teruja. Lagi pun, aku takut bulan ni mati sebelum sempat aku lepaskannya kembali.

Medium scale, lenght around 1 feet. I forgot to measure the fish due to excited. I have to released the fish quick before it die.

2nd Spot
Sebelum pulang, sempat lagi aku layan haruan kat lokasi kegemaran aku. Bersebelahan dengan lokasi 1 (seberang jalan).

Before going back home, I took some times looking for 'Haruan'. Actually this spot is just next to 1st spot.

Ikan kedua: vs topwater frogy
Selepas 4-5 kali baling, ada juga haruan yang yang berkenan.

After few cast, it seems there is Haruan willing to bite the frogy.

Ikan kedua: Haruan
Saiz serdahana, panjang lebih kurang 10-11 inci.

Medium scale, lenght aroung 10-11 inch.

Gewang

Spinner




Micro Popper


Gewang-gewang yang akan diguna untuk berperang dengan Si Bulan....

1 Spot 2 Ekor

Spot


Ikan pertama: Haruan



Ikan Kedua: Haruan

Ahad, 30 Oktober 2011

29/10/2011 - Haruan Vs 'Janggut'

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Hari yang cukup mengembirakan aku. Kenapa? Ini adalah hari aku mendapat lesen 'Janggut'.

Ini merupakan Haruan pertama yang aku dapat dengan menggunakan 'Janggut' dan juga nmerupakan gambar ikan pertama yang aku ambil dengan handphone baru aku.





Selasa, 4 Oktober 2011

Masih aktif!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Aku mohon maaf kerana sudah agak lama aku tidak mengemaskini berita terkini mengenai aktiviti memancing aku. Aku masih lagi aktif memancing, cuma tidak sempat membuat laporan di dalam blog kerana agak sibuk dengan kerja rutin seharian.

Bermula April 2011, aku sudah mula menjinakkan diri aku dalam dunia 'Baitcaster'. Baitcaster pertama yang aku beli ialah Seahawk Bass 103L warna kuning. Aku mengambil masa lebih kurang sebulan berlatih dan cuba memahami konsep 'baitcaster' nih.

Akan tetapi, pada hari raya ke empat baru-baru ni, 'baitcaster rod' pertama aku patah mungkin kerana sudah retak kerana terlalu aktif memancing.

Di sini aku ada serta beberapa gambar haruan yang berjaya aku pancing dari bulan May 2011 sehingga sekarang.

30/05/2011 - Permatang pauh



31/05/2011 - Permatang pauh



14/06/2011 - Penaga




25/07/2011 - Penaga



01/10/2011 - Permatang Pauh



02/10/2011 - Penaga



Sebenarnya, ada banyak lagi haruan yang aku naikkan, tapi kebetulan pulak tak bawa handset waktu tu. Untuk episod yang akan datang, Haruan Vs Katak Kayu pulak. Untuk misi katak kayu ni, agak cerewet sedikit kerana hanya tempat-tempat yang tertentu sahaja sesuai. Bagi tempat yang terlalu banyak semak, tidak sesuai sama sekali nak guna katak kayu ni kerana mudah tersangkut. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat sahaja nanti. Cakap banyak tak guna, apa yang penting lempar dulu, baru tahu ikan makan ke tak!