Selasa, 15 Januari 2013

Lesen Haruan 2013

Akhirnya... gurgler katak aku ader jugak yang menyambut...



Haruan;
Berat: 210g
Panjang: 25cm
ditarik dengan rod redington CT 3wt

Selasa, 1 Januari 2013

Sesi uji-pakai Rod Redington Classic Trout 3wt

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sekali lagi, aku nak ucapkan 'Selamat Tahun Baru' kepada semua.

Pada awal pagi 01-01-2013, boleh dikatakan aku agak stress ekoran kerja yang masih belum siap-siap lagi. Seperti biasa, awal pagi aku akan keluar untuk beli roti canai untuk breakfast anak-anak aku. Sebelum sampai ke kedai roti canai, aku tengok ader boiling ikan bulan kat tali air berhampiran dengan rumah aku. Kebetulan pula, rod redington classic trout masih lagi berada dalam but motor aku, jadi aku singgah sekejap untuk cuba-cuba menarik ikan bulan kat situ.

Sebelum ni aku sudah pun menggunakan rod ni sekadar nak merasa tahap loading atau spring. RRCT ni sememang best. Sangat sesuai untuk bermain dengan dry dan lagi best kalau diguna bersama trout tapered leader. Anda mampu melabuhkan dry anda seolah-olah kapas. Sememangnya cun. Bukan setakat itu sahaja, aku mampu membuat shot yang agak jauh.

Berbalik kepada cerita ikan bulan, aku menggunakan micro clouser minnow. Memang banyak sekali strike yang aku dapat... lebih kurang dalam 30 minit, akhirnya... ada jugak seekor yang tersangkut. Mencirit jugak reel aku dibuatnya...

 

Saiz ikan ni boleh tahan jugak... agak besar kalau nak dibandingkan dengan set 3wt. Ini adalah lesen 2013 aku dan juga lesen Redington Classic Trout.

Lepas dapat seekor, aku pun terus ke kedai roti canai, beli roti canai 10 biji dan balik rumah.

Pada sebelah petang pula, kebetulan ada pasar malam dekat dengan rumah aku. Seperti peristiwa pagi tadi, oleh kerana rod masih lagi ada dalam but motor aku, sekali lagi aku singgah ke tali air yang sama. Tapi kali ni pada sebelah yang lain. Kali ni aku nak menguji sejauh mana rod ni mampu menangani fly yang besar iaitu Gurgler. Keadaan air agak surut dan cetek dan sudah tentu lah topwater menjadi pilihan yang sangat sesuai. Memang seronok, banyak betul strike yang aku terima. Boleh dikatakan hampir setiap cast ada strike. Jarang-jarang sangat takder strike. Ikan bulan pertama yang tersangkut bersaiz agak kasar tapi terlepas sebelum sempat dinaikkan untuk sesi potografi. Ternyata, rod ni tak mempunyai sebarang masalah melempar fly yang besar. Aku cuba lagi dan akhirnya, lebih kurang sama dengan peristiwa pagi tadi, lebih kurang 30 minit flying... ader jugak sekor yang tersangkut. Dan ini juga merupakan lesen gurler vs bulan aku.

 

Selepas berjaya mendarat seekor ikan bulan, aku bergegas ke pasar malam, cari makan malam pulak untuk anak-anak aku.

Nampaknya, tahun 2013 bermula dengan agak baik dan harap-harap akan berkahir dengan baik.

Sekian salam strike!