Rabu, 18 Januari 2012

Gewang baruku lesap begitu sahaja

Gewang baru aku, River2Sea Bubble 45 Popper sudah pun lesap begitu sahaja akibat kecuaian aku sendiri. Komen aku pada popper keluaran River2Sea ini adalah memang antara yang terbaik. Aku sempat menguji keberkesanannya ke atas ikan bulan. Menerima lebih kurang 10 kali 'strike' tapi sayangnya tak ada satu pun yang tersangkut. Oleh kerana kecuaian aku sendiri lupa menutup 'cili', gewang tersebut terlepas ke dalam air dan hanyut begitu sahaja.

Selasa, 10 Januari 2012

Gewang baru

River2Sea Bubble 45 Popper.
Panjang: 4cm

Dibeli secara 'online' melalui laman web sosial Facebook daripada 'Dukun Teckle'. Kepada mereka yang berminat atau mencari gewang dari jenama River2Sea, bolehlah membuat carian 'Dukun Teckle' di Facebook.

Gewang ini bakal menjadi senjata tarung utama aku menentang ikan bulan. Sememangnya ikan bulan adalah dari jenis yang suka menyambar gewang permukaan. Dengan saiz gewang yang kecil ini adalah amat sesuai sekali bagi menjerat ikan bulan. River2Sea Bubble 45 ini menjadi pilihan utama aku kali ini. Sebelum ini, popper yang biasa aku guna ialah dari jenama Bakau dan Lucky Strike. Harap-harap popper daripada jenama yang agak terkenal ini mampu memberikan aksi dan hasil yang jauh lebih baik daripada popper keluaran tempatan. Bukannya aku nak memperkecilkan kebolehan dan kemampuan gewang buatan tempatan tetapi, sekadar membuat perbandingan dari segi kualiti, ketahanan dan keberkesanan. Sila nantikan laporan aksi popper ini menentang ikan bulan dalam 'post' yang akan datang.


Isnin, 9 Januari 2012

Haruan Vs Soft Plastic

Misi kali ini adalah misi menjerat Haruan dengan menggunakan SP*. SP yang aku gunakan pada kali ini adalah keluaran Berkley Power Bait.











Aksi SP ini tidak kurang hebat berbanding umpan katak. Selepas beberapa kali gewang dilempar, aku menerima satu 'strike' dan seekor Haruan berjaya dinaikkan.









Berat: 150g
Panjang: 1 kaki.

Setelah mengambil gambar dan ukuran dibuat, aku melepaskan kembali Haruan ini.

Aku meneruskan lagi aktiviti 'casting' aku dan menerima lagi 2 sambaran. Tapi, malangnya terlepas sebelum sempat didaratkan.





Singkatan:
SP* = Soft Plastic

Gewang baru: Soft Plastic

Berkley PowerBait Soft Plastic
Model: Ripple Shad
Color: Firetiger
Action: Swim bait vibrating tail










Dipadankan dengan Berkley Jig hook Nitro bersaiz #2 1/8oz

Memancing Haruan

Ini adalah spinner bait kegemaran aku dan boleh dikatakan mempunyai rekod tangkapan haruan yang paling banyak. Ia kecik dan agak berat, balingan jauh boleh dilakukan dan aksi yang cukup ringan di dalam air.









Ini bukanlah Haruan yang paling besar yang pernah aku dapat. Akan tetapi, ini adalah rekod haruan yang hebat melawan. Walaupun 'drag' sudah diketatkan, haruan ini menghenjut lebih daripada 3 kali mengeluarkan tali daripada spinning reel 500 siries aku.








Habis bengkok spinner bait kesayangan aku. 'Skirt'nya juga hancur berkecai dikerjakan oleh haruan ini.

Memancing Haruan dan Bulan

Seperti biasa, seawal pagi, aku pergi ke tempat ikan bulan. Seperti biasa kelihatan banyak ikan bulan bermain-main di sini. Aku guna gewang soft plastic bakau yang baru dibeli. Memang terbukti berkesan, aku menerima banyak 'strike' daripada ikan bulan. Tapi, ada sedikit kelemahan pada soft plastic ni, ikan susah nak tersangkut dan mudah terlepas. Ntah macam mana, tanpa disangka-sangka, seekor anak ikan duri menyambar soft plastic bakau. Kalau nak dihitung, aku menerima lebih daripada 20 strike. 2 daripadanya ikan bulan yang besaiz bagak, sempat bertarung dan berjaya melepaskan diri setelah 2-3 kali lompat.

Kemudian, aku bertukar pula kepada popper keramat aku yang mempunyai banyak rekod menewaskan ikan bulan.










Aku berjaya menaikkan seekor ikan bulan yang bersaiz kecil dengan menggunakan popper bertuah aku tu.












Kemudian, aku beralih pula ke lokasi memancing haruan kegemaran aku. Sudah banyak haruan yang aku tewaskan di lokasi ini.












Gewang yang aku gunakan ialah Bakau Spinner bait Mini Cat yang baru dibeli.












Seekor haruan yang bersaiz sedahana berjaya dinaikkan.













Kemudian aku berpindah ke lokasi yang berlainan. Ini adalah kali pertama aku ke lokasi ini. Kebetulan dalam perjalanan pulang ke rumah, aku terserempak dengan lokasi ini. Lokasi ini nampak cantik, aku nampak banyak baby haruan bermain-main di sini.







Seekor haruan bersaiz kecik berjaya dinaikkan.











Selasa, 3 Januari 2012

Gewang baru

Spinner Bait
Bakau Mini Cat
Model : BSB 11 M
Weight : 10g
Color : RW (Red and White)

Ini adalah kali kedua aku beli spinner bait keluaran bakau ini. Sebelum ni aku beli warna putih hijau. Kali ni aku nak try warna merah putih pulak. Seperti biasa, sasaran utama ialah Haruan.




Soft plastic
Bakau Day Night Soft Lure.
Paddle tail action.
Color : Fluoro

Apabila melihat sahaja soft plastic keluaran bakau yang ini, dalam kepala aku terbayangkan ikan bulan. Mempunyai jalur fluorocent di dalam badannya. Boleh digunakan pada waktu malam. Ianya juga dilengkapi dengan hook mata tiga. Aku rasa, gewang ni juga boleh digunakan untuk Haruan. Mempunyai mata 3D yang berwarna merah. Badannya pula berwarna lutsinar yang agak keruh tapi boleh nampak dengan jelas jalur fluorocent di dalamnya dan mempunyai corak/jalur halus berwarna hitam. Mata kail pula berwarna merah keluaran Fire Eagle. Satu set mengandungi 2 gewang.

Haruan Vs Janggut

Seawal pagi sebelum pergi kerja, sempat lagi aku singgah ke tali air. Oleh kerana keadaan air yang sangat cantik, aku tidak dapat menahan nafsu aku dari memancing Haruan disini.


Lure


Spot
 
Bite
 
Fish

Ini mungkin waktu yang sesuai untuk memancing Haruan. Air tidak terlalu keruh dan seperti biasa 'Janggut' menjadi pilihan utama aku. Sudah banyak Haruan yang aku naikkan dilokasi ini. Semuanya bersaiz serdahana.