Selasa, 15 Februari 2011

MISI HARUAN, SELASA 15 FEB 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini aku menjenguk tali air di sekitar Penaga. Aku memulakan misi seawal 8.00 pagi. Untuk misi kali ini, aku berjaya menaik 2 ekor haruan.

Ini adalah gewang-gewang yang aku guna untuk misi kali ini;


Tangkapan yang tidak dijangka; anak seluang


Haruan 1;



Haruan 2;

Ahad, 13 Februari 2011

MISI HARUAN, Ahad 13 Feb 2011

Salam,

Hari ini aku merayau-rayau sekitar Bukit Mertajam. Tujuan utama aku sebenarnya hendak mencari lubuk toman. Aku ternampak papan tanda 'Empangan Tasek Mengkuang' lalu mengikut laluan tersebut. Tapi, malangnya aku tidak menjumpai tasek tersebut. Lalu aku terus ke lubuk haruan kegemaran aku di Bukit Mertajam.

Oleh kerana aku pendatang baru di Penang, aku sendiri pun tidak pasti nama tempat tersebut. Ada papan tanda di tepi parit tersebut tertulis Parit Tok Kandu. Tempat ni berhampiran dengan susur keluar ke lebuh raya Butterworth Kulim di belakang stesen minyak Shell.

Sampai sahaja di parit tersebut aku melihat ada sekumpulan anak merah (anak haruan) bermain berhampiran dengan pelepah kelapa. Aku cuba 'cast' di situ dan kali kedua ada sambaran berlaku tetapi sembaran tersebut tidak tepat ke gewang aku. Gewang melambung mungkin terkena libasan haruan tersebut. Aku tinggalkan tempat itu selama sepuluh minit dan cuba kembali. Dan kali ini, ikan haruan itu membaham gewang dengan tepat dan agak ganas. Akhirnya aku berjaya menaikan seekor ikan haruan dan ianya menjadi rekod peribadi aku ikan haruan yang paling besar aku dapat naikkan dengan teknik 'casting'.

Haruan:
FISH
BITE
SPOT
LURE
Selepas itu aku meneruskan 'casting' di sekitar parit tersebut dan menerima 5 -6 sambaran. Dua daripadanya adalah sambaran tepat tapi agak malang kerana terlepas sebelum sempat di tarik ke darat. Salah satu yang terlepas adalah kerana tali terlilit pada pokok kecik berhampiran dengan parit tersebut.
Walau bagaimana pun, aku akan kembali lagi ke sini satu hari nanti dan berharap, haruan-haruan di sini bertambah besar dan aku boleh meperbaiki rekod peribadi aku.